3 April 2017

DIY Sentiasa Menarik Dihati

Kembali bersama saya dalam rancangan deko deko bersama Rikaa. Hahahaa saja ambik feel interior designer etc baru lah bersemangat kan nak menaip cerita, kan hambar takde orang baca pulak blog ni (kepada yang sudi singgah terima kasih banyak banyak) Tak nak bebel banyak sangat sebenarnya, nak straight to the point, kalau boleh nak ambik short cut biar cepat sampai ke rumah pastu masuk dapur bukak tudung saji terus makan ayam goreng, oh sedap nyaa (ops terbebel lah pulak?)

Memandangkan hari ni cuaca hujan jee dari pagi ke petang so kita mengadap lah internet online dua puluh empat jam yee. Makanya teringat lah pulak dengan potret yang kawan saya bagi awal tahun lepas as a new year gift (bukan ke kau yang komen mintak gambar tu?) Okay kita lupakan part saya yang mintakdenganmukatak malu. Tapi dia bagus sangat, memandangkan dia tahu saya sangat adore terhadap Paris atau lebih spesifik lagi The Eiffel Tower, makanya dia bagi lah jugak potret eiffel tu, siap berbalut dan dililit dengan ribbon lagi. Mana nak cari kawan laki yang baik begitu? So, sebagai penghargaan buat si teman yang baik hati, maka saya telah mendapat idea untuk menframekan lukisan tersebut. Dah usha frame kat kedai tapi takde yang sesuai dan menarik. So apa kata kita guna khidmat google dengan mengusha DIY? Yes do-it-yourself. 



Wah yang ni colourful sangat macam nak deko tadika jee? Hmm macam tak masuk jee dengan Paris saya yang gorgeous itu. Okay next.


Salah satu faktor kenapa saya berkenan dengan deko yang simple ini kerana ada Paris di situ. Yee seketul Paris itu berjaya mempengaruhi minda kecilku. Simple but nice lah kan? Okay yang ni boleh masuk list idaman hati.


Yang ni gaya minimalis gitu. Sesuai untuk definisi dewasa tapi masih jelita HAHAHAA definisi apakah itu? Yang ni macam sesuai sangat untuk si gorgeous itu. let's imagine, duk atas katil pandang benda ni kat dinding depan korang, maksud saya pandang lukisan Paris disitu. Tidak kah anda berasa seperti sedang honeymoon di Paris? *angkat kening sebelah* Saya rasa DIY ini menarik dan kita gantikan 'modern chemistry' dengan majalah fashion atau novel love story bersama pasu yang diisi dengan kuntuman ros segar. Ok terlebih describe untuk gambar ni kerana keterujaan yang melampau dan masih teruja.


Yang ni iklan sahaja kerana hanya mampu berangan sebab saya tak mampu nak do-it-yourself . Cantik kan? Beruntung sape yang berseni dan mampu menghasilkan frame ini. It's looked like seramic flower right? 



Tak nak tipu orang lain, lebih tepat lagi tak nak tipu diri sendiri dengan harapan palsu. Sebenar benarnya yang ni lah saya paling mampu nak DIY. Sumpah saya mampu ambik sailortape potong dan tampal sebegitu tanpa memikirkan reputasi diri akan jatuh kerana akan dibebel oleh umi (umi akan cakap tangan saya takde seni) Lagi teruk lukisan tu akan cepat kotor tak pun jatuh lalu ditiup angin ke bawah katil. Mana penghargaan yang dikatakan di perenggan atas tadi? (nantikan sambungannya)


PERSOALANNYA : BERJAYAKAH SANG PUTERI MEREBUT HATI SANG PUTERA? EH BUKAN! MAMPUKAH SAYA MEMBERI PENGHARGAAN BUAT SANG TEMAN?




Sedikit iklan terakhir, adakah itu yang dikatakan seni? Adakah Paris atau bunga yang cantik? 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan