8 Mac 2017

My Skincare Reviews #MyNanoWhiteFresh





Sempena hari wanita sedunia pada hari ni, Rikaa nak buat reviews sikit, takde lah reviews sangat just nak share dengan korang pasala skincare yang Rikaa guna sekarang. Rikaa mula terpikat hati dengan produk Nano White Fresh sejak awal tahun ni, salah satu faktornya kerana packaging nano ni maigadd it's so cuteeee! Masa tu rasa nak lari lari pergi watsons beli produk ni, siap follow perkembangan nano kat facebook insta bagai, punya lah excited tau! *orang lain dah lama kot guna produk ni, maybe Rikaa ketinggalan hahaa*

Seperti yang diimpikan, Rikaa berjaya dapatkan produk ni di Giant, kebetulan pusing pusing bahagian toiletries ternampak si comel nano, terus grab okay! Tengok lah gambor nano Rikaa kat bawah sambil baca Rikaa punya reviews untuk setiap produknya. Let's go!

Tadaa comel kan saya ^^

1. Deep cleansing charcoal mask - RM 21.90
2. Foam cleanser - RM 15.90
3. Miracle mist 9 in 1 - RM 20.50
4. Dark spot corrector - RM 18.50
5. Mattifying moisturizer - RM 21.50 
*Sumber : FB/WATSONS  

Masa Rikaa beli tu kat Giant buat promotion buy 3 pay 2 products only! Paham ke idok? Rikaa ambil tiga produk just bayar untuk dua produk jee. So meh baca reviews Rikaa yee, harap dapat membantu korang. Kecelaruan tatabahasa harap dimaafkan sebab first time khenn.. hahaa

Untuk mask ni dia warna kelabu sama macam penutup dia tu, tekstur lembut berkrim gitu yee, bila apply kat muka tak rasa apa apa kadang boleh tertido terus sebab lupa pakai mask kat muka, hahaa, cara nak guna macam biasa ada kat belakang tiub tu *kan taip pepanjang orang tak paham :D*

Foam cleanser, macam other product jugak tekstur lembut berkrim warna putih, wangi okayy! Rikaa suka biarkan lama kat muka sebab bila bilas rasa berangin sejukk jee!

Miracle mist dia awesome sangat! spray spray jee kat muka dah siap! Pastu apply dark spot tu, dark spot ni tekstur dia watery sikit, bau dia macam ubat sebab dia ada tea tree oil, tapi bagi Rikaa okay jee. Rikaa guna bila ada cik j tak berbayar yang menumpang kat muka, alhamdulillah berkesan nak banteras cik jerawat . Moisturizer dia pun watery jugak, bau memang wangi, lepas apply kat muka automatik muka rasa selembut kulit bayi, tak tipu! Sedikit reviews tak berbayar dari Rikaa yee. Untuk dapatkan info yang lebih banyak uolls boleh lah usha usha facebook nano, actually ada banyak lagi products nano white fresh ni macam milk cleanser,gel cleanser and scrub, dorang pun selalu buat contest so boleh lah tekan facebook  ( nanowhite )

eh jap ada lagi lah benda nak share, dengar cita nano white fresh keluarkan produk baru, ye tak? 

Wahh new family is coming!!!






7 Mac 2017

The beginning is here



Hi readers , * krik krik*

Tajuk jee kemain fefeeling oversea, tak kuasa rikaa nak speaking bagai ni.
Memandangkan ni entri pertama rikaa dan rikaa tak pandai pun nak  berblogging ni ,baca blog tu memang fav rikaa lah :D Actually tak tau nak taip apa, takkan nak buat entri biodata diri pulak tak pepasal jadik budak darjah satu yang cikgu suruh 'okay bangun,bagitau nama hobi cita cita bla bla blaa' *okay lawak tak jadik*

Entri ni just nak testing jee, blog ni pun terhasil kerana faktor 'kelapangan masa' dan untuk mengisi masa yang terluang dengan aktiviti berkhasiat eh tak ,dengan aktiviti berfaedah gituww. Kononnya motif blog ni ditubuhkan begitu lah. *ayat nak karangan bm jugak*

Mungkin untuk entri akan datang rikaa akan update cerita cerita yang lebih awesome dan mengegar carta blog yee semua :D Berangan tak habis habis ,doakan rikaa mendapat inspirasi dan idea yang bernas yee. Jangan lupa follow yee semua, nak jugak merasa ada followerssss,

Yang menaip,
Cik Rikaa Berangan.